Facebook Like

Advertisemen
Tulisan yang ringkas

Pengguna Facebook mahukan suasana yang santai. Mereka boleh sahaja membaca tulisan yang panjang lebar,
tetapi tidak selalu.

Jadi, tulisan yang ringkas dan pendek adalah santai kerana ia mudah dibaca.
Namun, ayat yang ringkas itu haruslah membuatkan Fans gembira,
bersemangat, rasa dihormati dan seronok.
Elakkan ayat-ayat yang menyakitkan hati mereka.
Tulisan berinformasi

Salah satu bentuk tulisan yang banyak dibaca oleh orang adalah tulisan yang bermaklumat, iaitu terdiri daripada fakta,
berita dan perkara yang berguna untuk mereka.
Tulis ayat yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda.
Apakah maklumat yang berguna untuk Fans (prospek) anda?

Tulisan "How To"

Jika tulisan berinformasi suka dibaca oleh kebanyakan orang,
tulisan "how to" (cara buat sesuatu) pula akan menyebabkan
kita ataupun bisnes kita mendapat tempat di hati mereka.

Ini kerana, tulisan berbentuk "how to" amat membantu
mereka melakukan ataupun menyelesaikan sesuatu.

Contohnya jika kita menjual 'produk makanan' (contohnya rempah segera),
kita boleh kongsikan cara memasak dengan menggunakan rempah itu,
secara percuma di Fan Page.







Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments