Kelebihan Facebook Page

Advertisemen
Boleh Tambah Aplikasi

Aplikasi adalah seumpama aksesori.
Kita boleh tambah ruangan-ruangan lain yang tiada pada Facebook Page.
Contohnya kita ingin meletak website di Facebook Page kita,
maka kita boleh gunakan aplikasi seperti iFrame.
Jika kita guna personal profile, kita tidak dapat melakukan hal ini.

Mindset Pengguna Facebook

Pengguna Facebook biasanya menganggap Personal Profile
adalah untuk mencari dan menambah kawan,
seterusnya berkenalan.

Ia bukan untuk bisnes dan berniaga.
Sebaliknya, mereka lebih selesa berurus niaga di Facebook Page.
Walaupun ada pengguna Facebook yang
tidak kisah membeli melalui Personal Profile,
namun bagaimana pula dengan sebahagian pengguna yang lain?
Gunakan Facebook Page juga untuk menjual dan
mempromosi agar pengguna FB yang hanya mahu
berurusan di FB Page tidak kita sia-siakan begitu sahaja.



Landing Tab

‘Landing Tab’ adalah satu bahagian yang digunakan oleh pemilik Fan Page
untuk menarik minat prospek untuk klik Like Page yang mereka layari.
Selain itu, landing tab juga dapat digunakan untuk melakukan promosi
bagi satu-satu produk dan boleh juga digunakan
untuk memperkenalkan diri kita dan perniagaan kita.

Selain meletak maklumat, kita juga boleh meletak video, gambar dan imej.
Malah, kita boleh meletak website ataupun blog secara ‘live’ pada bahagian tab.
Untuk satu Fan Page, kita boleh memasang sebanyak mana tab yang kita mahukan,
tetapi sebaiknya tidak terlalu banyak agar tidak membuat ‘fans’ atau prospek keliru.

Keterbiasaan Pembeli Rakyat Malaysia

Jika dahulu rakyat Malaysia suka membeli melalui blog,
tetapi kini mereka lebih selesa dan suka berurus niaga melalui Facebook.
Semakin ramai rakyat Malaysia yang membeli produk di Facebook.
Jadi amat rugi jika usahawan tidak mengambil peluang untuk berniaga di Facebook.

Statistik

Facebook Page mempunyai satu fungsi statistik yang dipanggil sebagai Insights.
Kita dapat tahu tulisan status kita yang mendapat lebih banyak respons dan yang mana kurang.
Dari situ kita dapat tahu pelajari tulisan-tulisan yang pengikut (fans) sukakan.


Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments